SALT I Perundingan_Menghadkan_Senjata_Strategik

SALT I adalah nama biasa untuk Perjanjian Rundingan Menghadkan Senjata Strategik, juga dikenali sebagai Perjanjian Menghadkan Senjata Strategik. SALT I telah mengurangkan jumlah pelancar peluru berpandu strategik kepada jumlahnya kini, dan membenarkan penambahan baru pelancar peluru berpandu lancaran kapal selam dilakukan hanya setelah pelancar lama peluru berpandu balistik antara benua dan lancaran kapal selam dikurangkan dalam jumlah yang sama.

Gerald Ford dan Leonid Brezhnev sedang menandatangani perjanjian bersama SALT di Vladivostok, pada 23 November, 1974

. Ciri kekuatan strategik nuklear di Soviet dan Amerika Syarikat telah berubah pada tahun 1968. Jumlah peluru berpandu A.S. ditetapkan pada tahun 1967 sebanyak 1,054 buah ICBM dan 656 buah SLBM, akan tetapi terdapat peningkatan jumlah bagi peluru berpandu dengan kepala peledak kenderaan masuk semula boleh sasar berbilang bebas (MIRV) yang telah diatur gerak. MIRV boleh membawa kepala peledak berbilang, kadang kala membawa pengumpan bagi mengelirukan sistem peluru berpandu anti-balistik, menjadikan pembangunan sistem peluru berpandu anti balistik semakin sukar dan mahal.

Rundingan telah berlangsung bermula dari 17 November, 1969 sehingga Mei 1972 dengan siri-siri mesyuarat yang bermula di Helsinki, dengan delegasi A.S diketuai oleh Gerard C. Smith, pengarah bagi Agensi Pelucutan dan Kawalan Senjata. Sesi-sesi berikutnya digilirkan antara Vienna dan Helsinki. Selepas kebuntuan yang panjang, keputusan pertama bagi SALT I diperolehi pada Mei 1971, apabila persetujuan dicapai bagi Sistem Anti-Peluru Berpandu Balistik. Perbincangan selanjutnya membawa kepada penamatan rundingan pada 26 Mei, 1972 di Moscow apabila Richard Nixon dan Leonid Brezhnev menandatangani Perjanjian Anti-Peluru Berpandu Balistik dan Perjanjian Sementara antara Amerika Syarikat dan Republik Sosialis Kesatuan Soviet bagi beberapa kaedah pengukuran berkenaan Menghadkan Senjata Serangan Strategik. Sejumlah kenyataan persetujuan juga dibuat. Ini telah meningkatkan hubungan di antara A.S dan Kesatuan Soviet.

Jimmy Carter dan Leonid Brezhnev menandatangani perjanjian SALT II, pada 18 Jun 1979, di Vienna.